Sekolah Terbaikku

Rabu, 11 Julai 2012

Sejarah Sekolah..

 

 Sejarah Sekolah SMK Tuanku Abdul Rahman,Gemas mengambil nsms sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad.Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English,Gemas.
            Pada tahun 1943 hingga 1948,sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah.Ketika itu,tapak asal sekolah ini terletak di sebuah bukuit berhampiran dengan Jalan Cantik,Jalan Damai,dan Jalan Molik,iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawai Keretapi Tanah Melayu Malaysia Berhad(KTMB),Gemas.
            Pada tahun 1949,sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang Juil Hindu iaitu menghadap ke Padang Keretapi Tanah Malysia Berhad (KTMB),Berhad.Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949.Encik V.M.Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
            Pada tahun 1952,sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jaln Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman,Gemas yang ada sekarang.Sehingga tahun 1967,sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah.Pada awal tahun 1968,bangunan khas untuk Sekolah MenengahTuanku Abdul Rahman,Gemas siap dibina.Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd.khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktorber 1968.
            Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid,Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad,maka lokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah Kebangsaaan Tuanku Abdul Rahman,Gemas sekarang.
Senarai Nama Pengetua SMKTAR 1949-2009
Tahun              Nama
1949                En.V.m.francis
1952                En.K.Ponnudurai
1956                Tn.HJj.Putih bin hj.Tahir
1960                En P.Kanth swamy
1962                En V.Krishnan
1969                En.Harbajan singh sidhu
1980                En.Sulaiman bin kassim pjk
1988                En.A.Tavamani pjk
1991                Tn.Hj.Abdul rahim bin ahamad
1999                En.Khoo boon nam
2001                En.mohan singh a/l Shamir singh
2004                En.Mohd isah bin ismail
2008                Pn.Hjh sakdiah bt saleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan